
|
Belum ada tajuk 2
Wednesday, 21 January 2015 • 22:20 • 0 comments
Part 2
"Assalamualaikum.." Muntasir memberi salam.
"Waalaikumussalam..Ha, kau baru balik ?? Apesal tak balik esok pagi je ??" Fahmi terus naik angin melihat sepupunya yang baru pulang dari masjid.
"Kau kenapa yang nak marah-marah ni ?? Memang selalu pun aku balik time ni kan ?? Yang kau ni tak keluar pulak ?? Selalu time macam ni mana nak nampak batang hidung.."
"Aku tengah angin ni, kau jangan cari pasal.."
"Jom, ikut aku.." Muntasir terus menarik tangan Fahmi supaya mengikutinya.
"Eh, kau nak tarik aku ke mana ??" Fahmi soal pelik.
"Nak ajar kau cara berwudhuk..Supaya nanti bila kau marah kau boleh tenangkan diri kau dengan ambil wudhuk.."
"Kau perli aku ke apa ?? Aku tahulah aku tak sembahyang..Tapi, tak adalah sampai aku tak tahu ambil wudhuk.." Muntasir ketawa kecil.
"Apahal kau gelak ?? Nak kena tumbuk ke ??"
"Haha..Tak adalah..Hmmmm..Kau ni bila nak berubah ?? Mi, kita bukan makin muda..Umur ko pun dah masuk 28..Sampai bila kau nak hidup bermaksiat macam ni??"
"Kau pun nak jadi perempuan tak guna tu ke ??"
"Maksud kau ??"
"Sofia Arissa !! Pasal dia nak berubah lah dia tinggalkan aku..Katanya dah taknak hidup dalam maksiat..Aku nak tengok berapa lama dia boleh tahan dengan perubahan dia tu ??"
"Astaghfirullah..Kau sepatutnya bersyukur tahu yang dia nak berubah dan kau pun boleh berubah sama..Mi, aku bukan nak ceramah kau ke apa ke..Tapi, Mak Ngah dah amanahkan aku untuk tengokkan kau..Kau rasa kalau Mak Ngah tahu kau macam ni ?? Apa perasaan dia ??"
"Yang kau membebel ni bukan ceramahlah ??"
"Nasihat Mi, nasihat..Kau dah besar..Dah tua pun..Sampai bila ?? Kau tak takut kalau Allah ambik nyawa kau sebelum kau sempat bertaubat ?? Pasal dosa aku yang lepas..Kau ingat aku hidup tenang ke ?? Tak Mi, tak..Selagi aku tak jumpa Nurul balik, aku tak tenang Mi.. Walaupun aku selalu ke masjid, sujud kepada Allah..Mohon ampun..Aku masih rasa dosa lalu mengejar aku..Mi, sebelum terlambat..Bertaubatlah.."
"Aku keluar dulu..Kau boleh sambung ceramah kau ni esok..Chaw.." Muntasir hanya mampu menggeleng melihat sepupunya.
***********************************
'Kau dah besar..Dah tua pun..Sampai bila ?? Kau tak takut kalau Allah ambil nyawa kau sebelum kau sempat bertaubat ??'
Kata-kata Muntasir terngiang-ngiang. Bukan dia tak pernah fikirkan apa yang Muntasir katakan. Tapi, hidupnya belum puas untuk menikmati keseronokkan duniawi.
Tiba-tiba..BANGG !! Dunianya menjadi gelap.
*********************************
Beep beep..Telefon Sofia berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Tetapi ketika itu Sofia tiada, yang ada hanya Jannah. Jannah hanya membiarkan pesanan itu, walaupun sudah mendapat keizinan Sofia untuk buka sahaja jika ada pesanan.
Meskiku rapuh dalam langkah...
Telefon Sofia berbunyi lagi. Kali ini ada panggilan masuk. Jannah terus menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..Sofia, saya Muntasir sepupu Fahmi..Fahmi accident..Dia ada di icu sekarang..Saya nak beritahu tu je..Harap Sofi dapat doakan supaya tak ada apa-apa berlaku..Assalamualaikum.." Muntasir menamatkan panggilan sebelum yang menjawab bersuara.
"Innalillahiwainnailaihirojiun..Sofi !!!!!"
"Woih, kau apesal jerit-jerit ni ?? Sawan ??"
"Sofi, Fahmi.."
"Aku dah cakapkan..Aku taknak cakap pasal dia lagi.."
"Boleh tak dengar dulu !! Fahmi accident !! Sekarang dia kat icu.."
"Allahu..Ya Allah..Mana kau tahu ni ??"
"Sepupu dia called tadi.."
"Jannah, kau teman aku pergi hospital ??" Jannah hanya mengangguk.
|
MY WORDS;
GIVE ME YOUR WORDS;
OTHERS; |