✿ Blog Seorang Shuhada ✿
ABOUT ENTRY TWITTER FACEBOOK
Segmen Periuk Belanga #1 : Spaghetti Penuh Kasih Sayang
Thursday, 5 December 2013 • 12:15 • 0 comments
Assalamualaikum....
Hye semuaaaaaaa :) hari ni terase nak share resepi lak...
"SPAGHETTI PENUH KASIH SAYANG"

ni kite buat time befday mak ari tuu..okey, tak nak cakap byk..ni bahan bahan and cara nak masak..

bahab-bahan:
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging cincang (guna Ramly nyerr)
1 bungkus daging burger (guna Ramly nyerr)
2 tin tomato puree
4 biji tomato segar (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
italian herbs/mixed herbs

cara-cara masak kuah:

1. tumis bawang putih yang dicincang halus tadi sehingga naik bau.
2. masukkan daging cincang dan daging burger. pastikan daging dicairkan dulu. kacau supaya daging tak jadi berketul dan biar airnya disejat.
3. kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu.
4. masukkan tomato puree. tambahkan 1 tin air. (guna tin tomato puree tuu jerr).
5. kemudian masukkan tomato segar yang dipotong dadu tadi. kacau sehingga tomato hancur.
6. kemudian masukkan cendawan butang yang dipotong dadu. masukkan sedikit italian herbs/mixed herbs. kacau sehingga hilang didih.(alaa yg blup blup tuu..heeee). tapi jangan sampai kering..

cara-cara sediakan spaghetti:
1. masak air dalam periuk. agak - agak dah hampir mendidih, masukkan 1 atau 2 sudu butter...nak guna minyak pun boleh. tunngu butter cair, masukkan spaghetti. tunggu sampai spaghetti lembut. masukkan sedikit italian herbs/mixed herbs. toskan.

dah siap !! spaghetti penuh kasih sayang :) resepi ni kite belajar dr abang kite..kalo kat google ade yg letak susu..xtau laa ape rase kalo letak susu...haaa...ni versi yg tak pedas..kalo nak pedas, boleh laaa tambah 1 sudu serbuk cili...heeee...okey, SELAMAT MENCUBA !! :) sebarang pertanyaan, boleh laa tgglkan komen di entry ni or di CBox !! :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
ASSALAMUALAIKUM..Aku bukan seorang NIQABIS..tapi sedang usaha meNIQABkan hati..Aku bukan seorang yang penuh ilmu di dada..tapi aku masih mencari ilmu dan sentiasa mencari..Aku bukan seorang yang lantang bersuara..tapi sekadar memberi pendapat..Aku hanya seorang perempuan yang ingin berMUJAHADAH di jalan ALLAH..semoga ISTIQOMAH..
**************
Aku menulis bukan kerana nama..
**************
"Allah membentangkan tangan-NYA pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah di siang hari, dan membentangkan tangan-NYA pada siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat. [Hadis Riwayat Muslim]"

GIVE ME YOUR WORDS;



OTHERS;