
|
Anthem
Tuesday, 9 July 2013 • 09:19 • 1 comments
What is Anthem actually ???
Menurut Pakcik Oxford, Anthem means musical composition..
Pakcik Wiki plak cakap, Anthem means a song or composition of celebration...
Errrrr...same je laaaa kann dua - dua Pakcik ni cakap...
Means Anthem ni maksud nye lagu, irama and seangkatan dengan nye laaaa kannn ?? kann ?? kannn ??
Tapi apa pulak makna Anthem yang sebenar dalam kehidupan kita ?? Sape dah bace tulisan Hlovate kali ni.. Anthem..
okey, antara yang nak disampaikan dalam Anthem ni..
Jangan pernah menilai masa lampau orang lain..mungkin masa lampaunya adalah masa depan kita..setiap orang melakukan kesilapan..dan setiap orang harus diberi peluang untuk perbaiki kesilapan tuu..
Jangan pernah rasa kita ni dah cukup baik sebab kita tak pergi party, tak buat benda - benda yang dilarang, tak sosial laki and perempuan...
Jangan hanya tahu geleng kepala tapi tak menghulurkan bantuan...
Siapa kita untuk tak bagi diorang peluang berubah ?? Siapa kita untuk menghukum diorang ??
"Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat. [Hadis Riwayat Muslim]"
Okey, pendapat aku laaa..Anthem kat sini berkait dengan apa yang kita bawak dalam kehidupan ni...kalau kita bawak yang ke arah kegelapan..gelap laaa..tapi gelap tak semestinya takkan terang...kalau kat rumah elektrik kene potong..tapi lepas bayar, rumah kita terang balik..sama laaa...bila dah hidup dalam kegelapan...carilah hidayah tuu..in shaa Allah, kita takkan hidup dalam kegelapan lagi...Dalam hidup ni kita ada pelbagai irama...kita yang tentukan irama mana yang kita nak dengar...kita kena pandai pilih irama yang betul..Anthem sebenar dalam kehidupan ni....
And our truly Anthem is our syahadah..
Our dua kalimah syahadah..
Ambik sikit dialog dalam dalam novel ni...
"Kalimah syahadah tu bawa tanggungjawab. Apabila kita ucapkan 'Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah', telah tertanggung di kedua - dua belah bahu ni dakwaan yang kita dah beriman. Apabila dah ada dakwaan, maka kalau ikut hukumnya haruslah ada tindakan. Takkan sekadar peluk tubuh dan cakap kosong. Kalau dah janji kena tunaikan. - Kak Jiji"
Selagi, kalimah syahadah tu bersama kita sepanjang hayat...selagi tanggungjawab tu kita bawa...in shaa Allah apa yang kita buat, apa yang kita lakukan, apa yang kita fikirkan semua berpaksi pada DIA...ALLAH YANG MAHA ESA...tak kiralah kita duduk ceruk dunia mana pun...tak kiralah kita merantau jauh mana pun...SYAHADAH tuu tanggungjawab kita...jangan ditinggalkan...
Ni apa yang aku paham laaa...hah...habis celoteh pasal Anthem...Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini...selamat berpuasa semuaaaaa...
** ehem ehem nebes tunggu result UPU khamis ni...heeee...doakan saya !! :)
|
MY WORDS;
GIVE ME YOUR WORDS;
OTHERS; |