
|
CHECKLIST IBADAH WANITA UZUR PADA BULAN RAMADHAN
Sunday, 15 July 2012 • 08:23 • 0 comments
assalamualaikum semuaaaa...
hari ni cik shuhada nak share ilmu sikit...khas buat sahabat sahabat wanita kat luar tuu..
meh meh kite checklist sikit ibadah yang boleh kite buat di bulan RAMADHAN yang bakal tibe ni, walaupun dalam keadaan uzur..kite boleh tambah pahala ibadah kite dengan :
** menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan
** mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. ganjarannya : "Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak" (Riwayat al-Tirmizi)
** membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal. antaranya :
- kejutkan ahli keluarga bangun sahur atau solat subuh
- gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid
- mempersiapkan pakaian solat mereka
- nasihati mereka supaya giatkan beramal
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)
** berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa
** berdoa dan beristighfar
** mendengar bacaan al-Quran
** menuntut ilmu sama ada dengan dengar daripada televisyen, radio atau membaca buku
** mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa.." (Riwayat al-Tirmizi)
sumber bertulis: al-ustaz, volume 01, isu no 4, m/s 55
----> jom sama sama tambah pahala ibadah walaupun dalam keadaan uzur..selamat beramal.. :) |
MY WORDS;
GIVE ME YOUR WORDS;
OTHERS; |